Thursday, 7 April 2016

PENGALAMAN TEMUDUGA BIASISWA MNRB 2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada adik-adik sekalian.

     Tujuan abang menulis blog ini adalah untuk kongsikan pengalaman temuduga Malaysia National Reinsurance Berhad(MNRB) yang telah abang lalui pada tanggal 1 Mac 2016 bertempat di bangunan ibu pejabat MNRB.

     Adik-adik mesti tidak pernah dengar kan syarikat yang bernama MNRB ni?Kalau adik-adik nak tahu,MNRB adalah sebuah syarikat insurans utama di Malaysia.Adik-adik pernah dengar tak Takaful Ikhlas?Takaful Ikhlas adalah salah sebuah agensi di bawah MNRB.Sebenarnya ada banyak lagi anak syarikat MNRB,abang sendiri pun tak ingat.

     Sebenarnya abang tahu tentang biasiswa MNRB ni daripada 'group' whatsapp batch abang.Ada kawan abang 'share' ke dalam 'group' tersebut.So,abang pun cuba lah buka laman webnya,nak memohon,mana lah tahu takut-takut ada rezeki kan?

     Ni abang kongsikan laman webnya, www.mnrb.com.my

                       




  Abang mulakan dengan sesi temuduga pula yer.
      Temuduga biasiswa MNRB 2016 ialah pada 1 Mac 2016 bertempat di bangunan utama MNRB di Damansara pada jam 8 pagi.Abang tiba di tempat temuduga pada jam 7:50 am.Alhamdulillah sampai awal di tempat temuduga.Adik-adik yang akan melalui mana-mana ujian temuduga,perlulah datang awal yer.

     Apabila dah sampai tu,staff kat sana memberi arahan kepada sesiapa yang akan melalui ujian temuduga agar pergi ke tingkat 11,ibu bapa tidak dibenarkan ikut sama seali.So parents abang tunggu je lah di lobby bawah.

     Setibanya abang di tingkat 11,abang dikehendaki untuk mendengar taklimat tentang biasiswa MNRB oleh pihak MNRB.Taklimatnya hanya sekejap,dalam lingkungan 15 ke 20 minit.Selesai sahaja sesi taklimat,abang diarahkan untuk duduk di atas kerusi sementara menunggu orang lain selesai ditemuduga.

     Sekarang,tibalah giliran abang.Untuk pengetahuan adik-adik,sesi temuduga MNRB ni dijalankan secara berkumpulan,iaitu 3 orang sekali masuk.So,abang dan 2 orang lagi pun masuk lah ke bilik temuduga.
    
       Soalan mula-mula yang ditanya oleh kami adalah, ' tell me about yourself '.Apabila ketiga-tiga orang termasuk abang selesai menjawab soalan itu satu persatu,interviewer pun mengajukan soalan kedua.Interviewer ada 3 orang.Soalan kedua mereka adalah tentang hala tuju pendidkan kita selepas SPM.Maksudnya,kita nak belajar di Universiti mana?,nak ambil kos ape?
  
       Alhamdulillah telah selesai interview.Sekejap jer,hanya 15 minit.Abang harapkan adik-adik yang akan melalui sesi temuduga MNRB pada 2017 dapat perform dengan sebaiknya yer.

Sekian,terima kasih.

1 comment:

  1. Boleh x nak tawu,waktu interview tu kna sertakan ape je?

    ReplyDelete