Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada adik-adik sekalian.
Tujuan abang menulis blog ini adalah untuk kongsikan pengaman temuduga biasiswa Petronas(Petronas Education Sponsorship Programme) yang telah abang lalui pada bulan April 2016 di KDU University College,Shah Alam agar dapat dimanfaatkan oleh adik-adik yang akan lalui temuduga biasiswa Petronas pada tahun 2017 dan seterusnya.
Temuduga Petronas ni bermula jam 8 pagi.Alhamdulillah abang sampai awal di tempat temuduga.So boleh lah breakfast kat cafe kolej sebab abang masih belum breakfast lagi,tak sempat.Apabila jam menunjukkn jam 8 pagi,pemohon dan ibubapa perlu menghadiri sesi taklimat berkaitan biasiswa Petronas.
Temuduga ini ada dua sesi.Sesi 1,pelajar perlu menduduki ujian komputer,soalannya ABC je.Soalan dari Cambride(Cambridge Online Test-COT).COT ni terbahagi kepada dua pula.Bahagian 1 soalan tentang personaliti kita,yang ni adik-adik tak perlu risau,senang sahaja.Bahagian 2 soalan tentang pemikiran kita.Semua ada,maths,test IQ.All questions is in English.Bahagian 2 ni lah yang susah sampai kepala otak abang pun rasa nak tercabut semasa menjawab COT bahagian 2 ni.Tapi adik-adik tak perlu risau,adik-adik hanya perlu faham betul-betul soalan tu,in sha Allah dapat jawab.
Sesi 2 pula ialah temuduga lisan.Hanya pelajar yang lulus ujian COT sahaja yang akan disenaraipendek untuk ke temuduga.So alhamdulillah nama abang telah disenaraipendek untuk ke temuduga.Mula-mula.kami dibahagikan dalam kumpulan.Seterusnya mereka membawa kami semua ke dalam sebuah bilik.Di dalam bilik itu kami akan diberi taklimat tentang proses temuduga lisan ini.Mereka memberikan kami sehelai kertas setiap orang,di kertas itu ada terpapar satu isu serta penyelesain bagi isu tersebut.Isu yang kami semua dapat adalah tentang stesen petrol Petronas serta bagaiman cara untuk menarik lebi ramai pelanggan ke stesen petrol Petronas.Mereka beri sehelai kertas A4 setiap orang.Kami dikehendaki menulis semua point di kertas itu.Masa diberi ialah 10 minit.
Selesai sahaja kami menulis isi-isi tadi dalam jangkamasa 10 minit,mereka arahkan kami untuk keluar dari bilik tersebut.Apabila dah keluar,mereka mengarahkan kami semua untuk beratur mengikut kumpulan masing-masing.Setiap orang daripada mereka akan pimpin satu kumpulan.Mereka akan pimpin kumpulan mereka ke bilik panel temuduga.So abang dan ahli kumpulan sampai lah di hadapan bilik panel temuduga.Lupa nak cakap,nota yang kami tulis tadi mereka suruh simpan untuk digunakan semasa temuduga.So kami masuk lah ke dalam bilik.Mula-mula,panel tanya soalan " tell me about yourself" kepada kami.Seorang demi seorang kami jawab.Selepas itu,panel suruh kami keluar dan hanya tinggal seorang sahaja di dalam bilik.Yang ni untuk temuduga individu.So abang dan kawan-kawan yang tidak duduk dalam bilik tu keluar lah.Tunggu di luar bilik.Nanti panel akan panggil kami seoarang demi seorang.Tibalah giliran abang.Ada banyak sanagat soalan daripada panel.Syukurlah abang dapat menjawabnya dengan baik.Antara soalan yang ditanya oleh panel adalah tentang diri kita,kenapa pilih course ni,kenapa plih local(kalau pilih local),kenapa pilih oversea(kalau pilih oversea),pasal hidup kita.Soalan macam tu je.Abang yakin adik-adik dapat menjawab soalan yang diajukan oleh panel dengan baik.Selesai sahaja sesi temuduga indivitu itu,abang pun keluarlah.Panel pun panggil orang yang ke seterusnya.Lupa abang nak cakap,satu kumpulan terdiri daripada 6 orang.
Setelah selesai keenam-enam orang lalui temuduga individu,panel memanggil semua orang masuk ke dalam bilik.Mula-mula,mereka mengarahkan kami bincang dalam kumpulan tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami(pasal stesen petrol Petronas tuu).So kami bincang lah sambil diperhatikan oleh mereka.Selesai sahaja kami berbincang tentang tugasan tersebut,kami diminta untuk present apa yang telah kami bincangkan.
Ini sahaja yang mampu saya ceritakan kepada adik-adik semua.Diharapkan bermanfaat untuk anda semua.
Di sini abang ada berikan link untuk memohon biasiswa Petronas kepada adik-adik yang belum lagi memohon untuk biasiswa Petronas(Petroliam Nasional Berhad)
educationsponsorship.petronas.com.my
Tuesday, 19 April 2016
Thursday, 7 April 2016
PENGALAMAN TEMUDUGA BIASISWA MNRB 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada adik-adik sekalian.
Tujuan abang menulis blog ini adalah untuk kongsikan pengalaman temuduga Malaysia National Reinsurance Berhad(MNRB) yang telah abang lalui pada tanggal 1 Mac 2016 bertempat di bangunan ibu pejabat MNRB.
Adik-adik mesti tidak pernah dengar kan syarikat yang bernama MNRB ni?Kalau adik-adik nak tahu,MNRB adalah sebuah syarikat insurans utama di Malaysia.Adik-adik pernah dengar tak Takaful Ikhlas?Takaful Ikhlas adalah salah sebuah agensi di bawah MNRB.Sebenarnya ada banyak lagi anak syarikat MNRB,abang sendiri pun tak ingat.
Sebenarnya abang tahu tentang biasiswa MNRB ni daripada 'group' whatsapp batch abang.Ada kawan abang 'share' ke dalam 'group' tersebut.So,abang pun cuba lah buka laman webnya,nak memohon,mana lah tahu takut-takut ada rezeki kan?
Ni abang kongsikan laman webnya, www.mnrb.com.my
Abang mulakan dengan sesi temuduga pula yer.
Temuduga biasiswa MNRB 2016 ialah pada 1 Mac 2016 bertempat di bangunan utama MNRB di Damansara pada jam 8 pagi.Abang tiba di tempat temuduga pada jam 7:50 am.Alhamdulillah sampai awal di tempat temuduga.Adik-adik yang akan melalui mana-mana ujian temuduga,perlulah datang awal yer.
Apabila dah sampai tu,staff kat sana memberi arahan kepada sesiapa yang akan melalui ujian temuduga agar pergi ke tingkat 11,ibu bapa tidak dibenarkan ikut sama seali.So parents abang tunggu je lah di lobby bawah.
Setibanya abang di tingkat 11,abang dikehendaki untuk mendengar taklimat tentang biasiswa MNRB oleh pihak MNRB.Taklimatnya hanya sekejap,dalam lingkungan 15 ke 20 minit.Selesai sahaja sesi taklimat,abang diarahkan untuk duduk di atas kerusi sementara menunggu orang lain selesai ditemuduga.
Sekarang,tibalah giliran abang.Untuk pengetahuan adik-adik,sesi temuduga MNRB ni dijalankan secara berkumpulan,iaitu 3 orang sekali masuk.So,abang dan 2 orang lagi pun masuk lah ke bilik temuduga.
Soalan mula-mula yang ditanya oleh kami adalah, ' tell me about yourself '.Apabila ketiga-tiga orang termasuk abang selesai menjawab soalan itu satu persatu,interviewer pun mengajukan soalan kedua.Interviewer ada 3 orang.Soalan kedua mereka adalah tentang hala tuju pendidkan kita selepas SPM.Maksudnya,kita nak belajar di Universiti mana?,nak ambil kos ape?
Alhamdulillah telah selesai interview.Sekejap jer,hanya 15 minit.Abang harapkan adik-adik yang akan melalui sesi temuduga MNRB pada 2017 dapat perform dengan sebaiknya yer.
Sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)